Nanana

Nanana
Nanana

Monday 21 November 2016

Passport Renewal ( Pembaharuan Passport ) Malaysia

Hai,

Setahun lebih tu x update apa2.. tulis2 tapi x post. sedihhh..

Memandangkan dah nak cuti sekolah ni kan. Mesti dah ramai rancang2 nak pi mana kan? I dah siap planning dah.. hihi Syok2 punya booking tiket, rupa-rupanya passport dah nak tamat. 

Untuk pergi oversea, sila pastikan passport korang valid lebih dari 6 bulan dari tarikh departure tau. Contoh tarikh berlepas 6 Disember 2016, sila pastikan tarikh tamat passport yang ada sekarang mesti melebihi 6 Julai 2017. Kalau dah x lebih tu.. sila la renew ya. hihihi πŸ˜…

Dah alang-alang nak balik langkawi, buat pasport kat sana ja la sebab x serabut & x ramai. Ada la tunggu giliran 2 orang. hihi Kalau nasib baik, tekan2 nombor, x payah duduk dah. Terus duduk depan akak manis immigration.

Soalan yang selalu sangat la orang tanya kalau nak pi buat / renew passport:
  1. Nak pakai tudung apa ya? (bagi yang berhijab)
  2. Nak buat style rambut macam mana ee ?? 
  3. Nak kena bawak gambar passport sekali ka?
  4. Nak kena isi berapa RM dalam beg duit ni??
  5. Nak make up style apa ya?
Kita story sikit2 ya. 

Soalan 1: Pasal tudung

Sila pakai tudung yang gelap. Yang terbaik pakai ja selendang warna hitam yang melekap kat muka tu atau muncung sikit ja. X yah susah2 nak melaram nak pakai tudung bawal batu2 sebab nya nanti tak pasal2 kena pakai selendang yang bersangkut kat sana. Masa tu rasa macam nak balik jaaa 😭😭😭😭😭😭😭 Sebab nak yang xda muncung sangat, supaya bila ambil gambar, xda la berbayang hitam dekat dahi, bawah tudung tu. 

SOALAN 2 : Style Rambut

Tak pasti gaya rambut yang sesuai, tapi paling penting.. Rambut TAK BOLEH tutup bahagian dahi.

SOALAN 3 : Gambar Passport

Sekarang dah tak payah nak pi kedai gambar ambil gambar passport. Pi ja serah diri dekat tempat buat passport tu. Nanti akak & abang imigresen tu tolong ambil gambar ikut macam mana diaorg nak.
Cuma kanak - kanak bawah 4 tahun, digalakkan bawa 2 keping gambar.

SOALAN 4 : Caj Buat Passport

Ni caj untuk passport 5 tahun. Jangan lupa bagi tau imigresen, buat passport tu nak pergi mana ya. Melancong ka, Umrah ka, Haji ka.. Haaa jadi sediakan duit secukupnya..

SOALAN 5 : Style Make Up

Tak payah susah2 nak make up ala k-pop, natural, smokey eye bagai... sebab nya gambar black & white ja. xda warna pun.. PLEASE JANGAN PAKAI CONTACT LENS. Sebab takut contact len yang korang pack tu, x mirip saiz mata asal dan kena buka pula lens tu dekat situ.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas 1 jam, dah boleh ambil passport.. pi terbang terus.. 😼😼😼😼 Passport yang lama kena gunting dan simpan la untuk kenangan cop2 yang ada tu.


Bagi yang KALI PERTAMA nak buat passport, sila klik link Jabatan Imigresen ya untuk baca dokumen apa yang perlu dibawa. http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa 

Renew Passport Online.... ada ka?? tak pernah try lagi sebab lagi yakin renew dekat pejabat imigeren terus ... info pasal Online ni baca dekat link ni ya http://www.panduanmalaysia.com/2016/09/myonline-pasport-permohonan-pembaharuan-pasport.html  Kalau tak yakin, renew ja dekat pejabat imigresen ya.

Selamat bercuti semua 😘😘😘😘
p/s : Sila pastikan kad pengenalan telah ditukar kepada kad pengenalan yang baru sebelum buat / renew passport.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.