Nanana

Nanana
Nanana

Monday 2 March 2015

Percutian ke Bali

Hi semua...

Crita pasal trip to Bali sebenarnya pengantin yang nak honeymoon tapi pengantin nak suruh pengepit dia ikut jugak.. skali mama dengan abah la terjebak ikut.. hihi dah macam family trip dah bak kata lan. Punya last minit arrange, 15 hari lagi nak p baru nak beli tiket.. nasib la rezeki tiket within bajet lagi dan x perlukan visa.. x kira macam mana pun.. nak naik Malaysia Airlines jugakk..

Nasib baik Aini ( Blog Aini )suggest the best agent yang hana pernah berurusan stakat ni.. WTA Travel and Tours yang urus kami.. kira private tour la.. laju sgt services so bole settle kejap ja dan pakej pun murah..
Kami pilih weekdays sebab best sket nak jalan.. xda la ramai org sgt.. itenerary kami lebih kurang macam kat bawah la:

Day 1 : Airport transfer - Uluwatu Temple
Day 2 : Barong Dance - Coffee Farm - Kintamani Volcano - Silver factory - Dinner Cruise
Day 3 : Turtle Island - Water activities - Lunch - Jenggala Ceramic - Shopping around Kuta - Dinner
Day 4 : Airport Transfer

So bertolak dri KLIA 12.25 tengah hari.. perjalanan 3 jam.. x sangka 1 flight pulak dengan Tengku Puan Pahang.. Putih, cantik, x sombong and suka share crita.. Hana la pulak x reti nak sembang.. hihi Kejap ja rasa dah sampai Bali...


Menu Lunch atas awan ialah nasi beriani

Tengah merentasi lautan.. bila la nak sampai...

with Tengku Puan Pahang


Cantiknya Ngurah Rai Airport, Denpasar niiii... sangat selesa.. keluar dri arrival hall tu dah nampak pak Sugi pegang nama cek.. dapat pulak welcome flower.. 
Geng Rombongan Cik Hana

naik2 van terus gerak ke Uluwatu Temple.. nak masuk dalam kawasan tu kena berpakaian sopan.. kalau pakai yang pendek, nanti kaunter akan bagi kain untuk pakai selain dari kain yang ikat kat pinggang tu.. Cantiknya cliff kat situ.. rsa mcm nak dok bersila jaa tgk ombak n cliff kat situ.. tpi panas gilaa..
bergambar kat tepi cliff yang cantik ni





On the way nak pi dinner, kami singgah masjid sebab nak solat dlu.. masjid xda dinding ok... terbuka habis.. cuma ada pembahagi laki dan perempuan.. suasana tenang kat situ dengan dengar budak2 mengaji.. malam tu dinner kat tepi pantai.. makan seafood la kan.. 







Pasangan honeymoon dok asing ok.. di bawah payung lagi.. rasa macam jadi mamarazi pulak.. hihi




Pasangan honeymoon


Dah siap dinner, kami bertolak ke hotel untuk check in. Kami pilih The Sunset Hotel, Kuta



Ambik ja gambar kolam.. x sempat mandi pun


Day 2:
Lepas breakfast, kami gerak ke Barong Dance sbb agent suggest p pagi sbb kalau malam takut la pulak tengok patung dia.. Dance tu crita pasal kisah diaorang la.. kami dok kejap ja lepas tu gerak ke tempat shopping souvenir.. 


Barong Dance

Singgah kejap tempat souvenir


Then terus gerak ke Ladang Kopi..Kat sana kan famous dengan Kopi Luwak..

Diaorg bagi try macam2 jenis tea dan coffee lepas tu kalau nak beli pun bisa...
kat sini ada macam2 jenis tea and coffee... boleh try free ja.. kalau sedap baru beli..


Ini la musang Luwak yang produce kopi tu..  



Dengan penuh ayu nya akak ni tumbuk biji kopi... hihihi

Muka happy dapat berkelah and makan bush free tengah hutan ni..

Lepas berkelah dalam hutan tu, gerak la ke Kintamani Volcano sbb nak tengok bekas gunung berapi dan lunch skali la.. Dekat restoran ni ada disediakan surau.. 







View dari restoran
View Kintamani Volcano.. Kwasan tepi gunung macam kesan terbakar lagi walaupun dah lama meletus..
Habis lunch dan ambik2 gambar.. gerak trun la balik dan singgah kat Silver Outlet ni.. 


Trus ke dinner cruise.. ok pada sapa yang x minat bising.. x disarankan ya p dinner cruise ni.. korang cakap siap2 kat agent makan kat local restaurant ja laa.. masa naik tu ingt tenang2 blayar tengok sunset.. skali rasa dah macam masuk disko dah.. sesak nafas rasa bila DJ tu main lagu smpai gegar lantai cruise tu.. nasib tempat makan tngkat 2.. sbb situ hanya tempat makan ja.. bukan tempat sekali dengan show.. Terseksa gila rasa malam tu.. Dalam pkul 8.30 tu dia berlabuh dan kami terus balik hotel.

Day 3:
Last minit tukar itenerary, decide nak p Turtle Island.. ok sangat berbaloi yaa.. boleh angkat2 penyu lagi.. jalan sama2. hihi nama tempat kat sini Benoa Beach, Nusa Dua.. kawasan ni banyak jugak hotel mewah.. so sapa yang nak santai2 ja cuti.. boleh la stay area Nusa Dua ni..


Cantiknya laut dia... 

Kitaorang sewa 1 bot.. disebabkan aktiviti ni x termasuk dalam pakej.. so 1 boat ni IDR 1,000,000.00 nak ke turtle island.. Kat tengah tu ada cermin.. so xyah nak sibuk2 snorkelling dah.. 


Haa kan dah cakap x yah snorkelling.. memang air dia clear..

Bby penyu kena paksa bye2 dengan pasangan pengantin


Penyu ni boleh digayakan dengan pelbagai cara.. suka hati ja lan ni.. hihi

Nampak muka happy tapi berat gilaaa.... 

Kasi dia sabun2 sket... sental2 daki...

Kat sni yang special.. boleh masuk bergambar dengan semua binatang.. selalu kita tengok dari luar ja kan.. semua binatang ni behave sebab dah kena pukau... hihi
Hi.. ni kawan Hana.. jauh mai dari langkawi
Lepas tu kami pilih nak try sea walker iaitu jalan 6m kat dasar laut.. tu atas expenses sendri la.. kos untuk yang tu IDR 750,000.00 lebih kurang RM 250.00/pax laa..  Dia akan ajar dlu macam mana nak trun sbb kita akan sakit telinga.. pressure kat dalam tu kan tinggi.. Yang bestnya mmg setiap group akan ada kita pnya instructor sendri.. so yang x reti brenang mcm hana ni xyah takut tau..


Ni la pelantar untuk sea walker.. Korang akan naik bot untuk ke plantar ni dalam 6 minit dari pantai


Pasangan pengantin turun dulu.. lepas tu Hana menyusul ya..

OK ready nak turun dengan spec hitam plak.. hihihi pegang besi kuat2.. nanti korang turun tangga sampai tenggelam paras leher, baru orang tu akan masukkan kepala besi tu.. 

Haaa dah slamat sampai bawah.. jamu ikan dengan roti sandwich

Sorry la banyak sangat ikan.. lindung plak.. hihihi



Tepi2... ikan besar nak lalu......


Ini last shot sebelum naik balik.. yang ada camera sendiri.. bole bagi dekat instructor yang jaga group tu.. dia akan ambil gambar dan video untuk korang la.. ni bukan gopro tapi Hana guna camera yang boleh masuk dalam air.. Kalau xda, boleh sewa camera diaorg and nanti diaorang akan bagi dalam cd






Haaa ni abang yang jaga kami dari nak turun sampai naik balik... seriusnya muka......letih ambik gambar ikan kot..

Dah siap hitamkan kulit.. kami try makanan Padang.. serius sgt sedap sbb lebih kurang citarasa kami la..


Ini la kedai makanan Padang.. Rumah Makan Rindu Rasa.. confirm akan rindu rasanya

Semua fokus nak makan.. x nampak camera dah..

emmmm sedap..
dah kenyang, kami balik kejap hotel sebab nak mandi n solat.. keluar la balik p shopping souvenir.. beli dalam kedai yang air cond slesa sket.. kami shopping t-shirt untuk souvenir di Butik Agung Bali.. murah dan kain dia cantik..jangan rasa mahal tau sebab kalau p cari kat area kedai2 tepi jalan kat Kuta Beach tu harga lagi mahal dan kena pandai tawar-menawar la..

Lepas tu untuk Dinner, kami makan makanan Sunda.. menarik jugak makanan dia.. dah kenyang2... balik hotel laa..


Masakan famous Sunda


Day 4:
dah tiba la msa nak pulang... disebabkan pak sugi ni asyik dok crita sedap sgt ayam crispy kat sna.. dah siap breakfast dan check out, kami sruh pak sugi bwak p cari ayam tu.. kedai macam kfc.. hihi tapi yang menarik, korang boleh makan skali dengan tulang ayam.. kompem x tinggal bukti brapa ketul dah masuk perut.. hihi

Dari kedai tu ke airport dekat gilaaa... Dekat airport nanti kena bayar airport tax ya.. sorg IDR 200,000.00.. jdi dari awal kena asingkan duit supaya x shopping smpai xda duit nak bayar airport tax..

Waktu yang x sesuai untuk ke Bali:
1) 20-22 Mac - Perayaan Nyepi
Masa perayaan ni, semua orang x boleh buat apa2 aktiviti, x boleh ada cahaya.. macam pulau mati laa.. jadi sapa yang pergi Bali masa ni kena stay dekat hotel ja. x boleh keluar. Perayaan Nyepi


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.