Nanana

Nanana
Nanana

Saturday 14 October 2017

BELI KERETA MASA BELAJAR. BIJAKKAH????




Halooooo.....

Kali ni Hana nak share pasal beli kereta masa sedang belajar.

SILA BACA DENGAN NADA YANG TENANG. BUKAN NADA TEGANG NOH 😁

Kaya nya hampa noh.. tak seram ka beli kereta masa tengah belajar?? Mana mai duit bayar bulan-bulan??

Sebelum kita terbang lagi jauh.

Gambar dari dinklate.blogspot.com

A) Tolong habaq sat untuk apa nak beli kereta?
1) Senang untuk bergerak ke sana sini (Tak da public transport, takut naik teksi, tak da lesen Kreta)
2) Kebab kawan-kawan semua dah ada kereta (Kawan-kawan nak tolong bayar sekali tak loan kereta kita πŸ˜›? Alangkah indahnya kan kalau ada kawan pemurah)
3) sebab2 lain la


B) Mampu ka bayar loan bulan-bulan (Tanpa harapkan mak ayah adik abang kakak tolong bayar)

C) Apa risiko-risiko lain yang akan berlaku sekiranya ada kereta? #jangan tambah masalah yang sedia banyak (panjang pulak # ni. hihihi)
Gambar dari motorcycle.top


D) Berapa simpanan bulanan kena buat kalau beli kereta??

-----------------------------------------------------------------------------
Dah pikir jawapan kepada soalan-soalan di atas???? 

Sekali dah ambik loan bank untuk kereta, mesti disiplin untuk bayar ok.

Lepas tu demand pulak. Kereta 2nd hand tak mau sebab cepat rosak & eeee mana ada kelas pakai kereta 2nd hand..

Beli kereta bawah ni la.. cepat sikit sampai kelas. hihihi

Gambar dari utusan.com.my 
Kalau tanya pendapat Hana, tak payah la beli kereta masa belajar kecuali memang mak bapak mampu nak cover/ biasiswa kau sebulan rm3k/ sanggup posa setiap hari sambil tengok kawan post kat insta/fb makan sedap2.

Yang dah bekerja sekalipun gerun nak beli kereta. Apatah lagi korang yang tengah belajar. Sangat banyak komitmen yang korang kena hadap kalau beli kereta.

Nak tau berapa BAJET kena ada kalau nak beli kereta?

Ni kalau beli taraf-taraf Myvi noh (Kalau beli yang mahal lagi, sila kira sendiri)

Average la ya, kereta Myvi berharga RM 50,000.00

Bajet Bulanan:
1) Loan Kereta = RM 500.00
2) Insurans Kereta = (RM1,500/12 bulan) = RM 125 sebulan
3) Servis = (RM300 x 2 kali setahun) / 12 bulan = RM 50 sebulan
4) Simpanan kalau kereta rosak = RM500 / 12 bulan = RM42
5) Kalau lalu tempat bertol = RM 200

Anggaran simpanan bulanan untuk kereta = RM 917 sebulan

Amacam?? Mampu??? Kalau mampu, ok boleh la pi beli kereta...



Bukan nak gerunkan atau dengki. orang tak dapat apa pun kalau dengki. Cuma kesian pada kawan-kawan yang dok merungut beban ada kereta, tak cukup duit nak bayar loan, tak mampu nak renew insurance sebab mana nak cekak RM 1000 tu.


Jadi fikirlah baik-baik sebelum nak beli kereta. Kalau boleh bawak moto, beli la moto dulu. Pakai moto, Bajet sebulan tak sampai RM200.00.

Tau dapat biasiswa / pinjaman PTPTN. Duit lebih tu buat SIMPANAN. Dunia lepas belajar lagi mencabar dari masa belajar. Biar la susah kejap masa belajar, naik turun bas, panas.. tapi tak pening-pening nak pikir pasal komitmen kereta.


Ni hanya pandangan dari Hana. Tak semestinya betul kan. HANYA PANDANGAN.  Kalau yang rasa nak terima, ambil la sebagai nasihat. Kalau rasa merepek.. hihi abaikan..


Tq baca bebelan ni sampai habis πŸ‘»πŸ‘»

Monday 21 November 2016

Passport Renewal ( Pembaharuan Passport ) Malaysia

Hai,

Setahun lebih tu x update apa2.. tulis2 tapi x post. sedihhh..

Memandangkan dah nak cuti sekolah ni kan. Mesti dah ramai rancang2 nak pi mana kan? I dah siap planning dah.. hihi Syok2 punya booking tiket, rupa-rupanya passport dah nak tamat. 

Untuk pergi oversea, sila pastikan passport korang valid lebih dari 6 bulan dari tarikh departure tau. Contoh tarikh berlepas 6 Disember 2016, sila pastikan tarikh tamat passport yang ada sekarang mesti melebihi 6 Julai 2017. Kalau dah x lebih tu.. sila la renew ya. hihihi πŸ˜…

Dah alang-alang nak balik langkawi, buat pasport kat sana ja la sebab x serabut & x ramai. Ada la tunggu giliran 2 orang. hihi Kalau nasib baik, tekan2 nombor, x payah duduk dah. Terus duduk depan akak manis immigration.

Soalan yang selalu sangat la orang tanya kalau nak pi buat / renew passport:
  1. Nak pakai tudung apa ya? (bagi yang berhijab)
  2. Nak buat style rambut macam mana ee ?? 
  3. Nak kena bawak gambar passport sekali ka?
  4. Nak kena isi berapa RM dalam beg duit ni??
  5. Nak make up style apa ya?
Kita story sikit2 ya. 

Soalan 1: Pasal tudung

Sila pakai tudung yang gelap. Yang terbaik pakai ja selendang warna hitam yang melekap kat muka tu atau muncung sikit ja. X yah susah2 nak melaram nak pakai tudung bawal batu2 sebab nya nanti tak pasal2 kena pakai selendang yang bersangkut kat sana. Masa tu rasa macam nak balik jaaa 😭😭😭😭😭😭😭 Sebab nak yang xda muncung sangat, supaya bila ambil gambar, xda la berbayang hitam dekat dahi, bawah tudung tu. 

SOALAN 2 : Style Rambut

Tak pasti gaya rambut yang sesuai, tapi paling penting.. Rambut TAK BOLEH tutup bahagian dahi.

SOALAN 3 : Gambar Passport

Sekarang dah tak payah nak pi kedai gambar ambil gambar passport. Pi ja serah diri dekat tempat buat passport tu. Nanti akak & abang imigresen tu tolong ambil gambar ikut macam mana diaorg nak.
Cuma kanak - kanak bawah 4 tahun, digalakkan bawa 2 keping gambar.

SOALAN 4 : Caj Buat Passport

Ni caj untuk passport 5 tahun. Jangan lupa bagi tau imigresen, buat passport tu nak pergi mana ya. Melancong ka, Umrah ka, Haji ka.. Haaa jadi sediakan duit secukupnya..

SOALAN 5 : Style Make Up

Tak payah susah2 nak make up ala k-pop, natural, smokey eye bagai... sebab nya gambar black & white ja. xda warna pun.. PLEASE JANGAN PAKAI CONTACT LENS. Sebab takut contact len yang korang pack tu, x mirip saiz mata asal dan kena buka pula lens tu dekat situ.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas 1 jam, dah boleh ambil passport.. pi terbang terus.. 😼😼😼😼 Passport yang lama kena gunting dan simpan la untuk kenangan cop2 yang ada tu.


Bagi yang KALI PERTAMA nak buat passport, sila klik link Jabatan Imigresen ya untuk baca dokumen apa yang perlu dibawa. http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa 

Renew Passport Online.... ada ka?? tak pernah try lagi sebab lagi yakin renew dekat pejabat imigeren terus ... info pasal Online ni baca dekat link ni ya http://www.panduanmalaysia.com/2016/09/myonline-pasport-permohonan-pembaharuan-pasport.html  Kalau tak yakin, renew ja dekat pejabat imigresen ya.

Selamat bercuti semua 😘😘😘😘
p/s : Sila pastikan kad pengenalan telah ditukar kepada kad pengenalan yang baru sebelum buat / renew passport.

Monday 2 March 2015

Percutian ke Bali

Hi semua...

Crita pasal trip to Bali sebenarnya pengantin yang nak honeymoon tapi pengantin nak suruh pengepit dia ikut jugak.. skali mama dengan abah la terjebak ikut.. hihi dah macam family trip dah bak kata lan. Punya last minit arrange, 15 hari lagi nak p baru nak beli tiket.. nasib la rezeki tiket within bajet lagi dan x perlukan visa.. x kira macam mana pun.. nak naik Malaysia Airlines jugakk..

Nasib baik Aini ( Blog Aini )suggest the best agent yang hana pernah berurusan stakat ni.. WTA Travel and Tours yang urus kami.. kira private tour la.. laju sgt services so bole settle kejap ja dan pakej pun murah..
Kami pilih weekdays sebab best sket nak jalan.. xda la ramai org sgt.. itenerary kami lebih kurang macam kat bawah la:

Day 1 : Airport transfer - Uluwatu Temple
Day 2 : Barong Dance - Coffee Farm - Kintamani Volcano - Silver factory - Dinner Cruise
Day 3 : Turtle Island - Water activities - Lunch - Jenggala Ceramic - Shopping around Kuta - Dinner
Day 4 : Airport Transfer

So bertolak dri KLIA 12.25 tengah hari.. perjalanan 3 jam.. x sangka 1 flight pulak dengan Tengku Puan Pahang.. Putih, cantik, x sombong and suka share crita.. Hana la pulak x reti nak sembang.. hihi Kejap ja rasa dah sampai Bali...


Menu Lunch atas awan ialah nasi beriani

Tengah merentasi lautan.. bila la nak sampai...

with Tengku Puan Pahang


Cantiknya Ngurah Rai Airport, Denpasar niiii... sangat selesa.. keluar dri arrival hall tu dah nampak pak Sugi pegang nama cek.. dapat pulak welcome flower.. 
Geng Rombongan Cik Hana

naik2 van terus gerak ke Uluwatu Temple.. nak masuk dalam kawasan tu kena berpakaian sopan.. kalau pakai yang pendek, nanti kaunter akan bagi kain untuk pakai selain dari kain yang ikat kat pinggang tu.. Cantiknya cliff kat situ.. rsa mcm nak dok bersila jaa tgk ombak n cliff kat situ.. tpi panas gilaa..
bergambar kat tepi cliff yang cantik ni





On the way nak pi dinner, kami singgah masjid sebab nak solat dlu.. masjid xda dinding ok... terbuka habis.. cuma ada pembahagi laki dan perempuan.. suasana tenang kat situ dengan dengar budak2 mengaji.. malam tu dinner kat tepi pantai.. makan seafood la kan.. 







Pasangan honeymoon dok asing ok.. di bawah payung lagi.. rasa macam jadi mamarazi pulak.. hihi




Pasangan honeymoon


Dah siap dinner, kami bertolak ke hotel untuk check in. Kami pilih The Sunset Hotel, Kuta



Ambik ja gambar kolam.. x sempat mandi pun


Day 2:
Lepas breakfast, kami gerak ke Barong Dance sbb agent suggest p pagi sbb kalau malam takut la pulak tengok patung dia.. Dance tu crita pasal kisah diaorang la.. kami dok kejap ja lepas tu gerak ke tempat shopping souvenir.. 


Barong Dance

Singgah kejap tempat souvenir


Then terus gerak ke Ladang Kopi..Kat sana kan famous dengan Kopi Luwak..

Diaorg bagi try macam2 jenis tea dan coffee lepas tu kalau nak beli pun bisa...
kat sini ada macam2 jenis tea and coffee... boleh try free ja.. kalau sedap baru beli..


Ini la musang Luwak yang produce kopi tu..  



Dengan penuh ayu nya akak ni tumbuk biji kopi... hihihi

Muka happy dapat berkelah and makan bush free tengah hutan ni..

Lepas berkelah dalam hutan tu, gerak la ke Kintamani Volcano sbb nak tengok bekas gunung berapi dan lunch skali la.. Dekat restoran ni ada disediakan surau.. 







View dari restoran
View Kintamani Volcano.. Kwasan tepi gunung macam kesan terbakar lagi walaupun dah lama meletus..
Habis lunch dan ambik2 gambar.. gerak trun la balik dan singgah kat Silver Outlet ni.. 


Trus ke dinner cruise.. ok pada sapa yang x minat bising.. x disarankan ya p dinner cruise ni.. korang cakap siap2 kat agent makan kat local restaurant ja laa.. masa naik tu ingt tenang2 blayar tengok sunset.. skali rasa dah macam masuk disko dah.. sesak nafas rasa bila DJ tu main lagu smpai gegar lantai cruise tu.. nasib tempat makan tngkat 2.. sbb situ hanya tempat makan ja.. bukan tempat sekali dengan show.. Terseksa gila rasa malam tu.. Dalam pkul 8.30 tu dia berlabuh dan kami terus balik hotel.

Day 3:
Last minit tukar itenerary, decide nak p Turtle Island.. ok sangat berbaloi yaa.. boleh angkat2 penyu lagi.. jalan sama2. hihi nama tempat kat sini Benoa Beach, Nusa Dua.. kawasan ni banyak jugak hotel mewah.. so sapa yang nak santai2 ja cuti.. boleh la stay area Nusa Dua ni..


Cantiknya laut dia... 

Kitaorang sewa 1 bot.. disebabkan aktiviti ni x termasuk dalam pakej.. so 1 boat ni IDR 1,000,000.00 nak ke turtle island.. Kat tengah tu ada cermin.. so xyah nak sibuk2 snorkelling dah.. 


Haa kan dah cakap x yah snorkelling.. memang air dia clear..

Bby penyu kena paksa bye2 dengan pasangan pengantin


Penyu ni boleh digayakan dengan pelbagai cara.. suka hati ja lan ni.. hihi

Nampak muka happy tapi berat gilaaa.... 

Kasi dia sabun2 sket... sental2 daki...

Kat sni yang special.. boleh masuk bergambar dengan semua binatang.. selalu kita tengok dari luar ja kan.. semua binatang ni behave sebab dah kena pukau... hihi
Hi.. ni kawan Hana.. jauh mai dari langkawi
Lepas tu kami pilih nak try sea walker iaitu jalan 6m kat dasar laut.. tu atas expenses sendri la.. kos untuk yang tu IDR 750,000.00 lebih kurang RM 250.00/pax laa..  Dia akan ajar dlu macam mana nak trun sbb kita akan sakit telinga.. pressure kat dalam tu kan tinggi.. Yang bestnya mmg setiap group akan ada kita pnya instructor sendri.. so yang x reti brenang mcm hana ni xyah takut tau..


Ni la pelantar untuk sea walker.. Korang akan naik bot untuk ke plantar ni dalam 6 minit dari pantai


Pasangan pengantin turun dulu.. lepas tu Hana menyusul ya..

OK ready nak turun dengan spec hitam plak.. hihihi pegang besi kuat2.. nanti korang turun tangga sampai tenggelam paras leher, baru orang tu akan masukkan kepala besi tu.. 

Haaa dah slamat sampai bawah.. jamu ikan dengan roti sandwich

Sorry la banyak sangat ikan.. lindung plak.. hihihi



Tepi2... ikan besar nak lalu......


Ini last shot sebelum naik balik.. yang ada camera sendiri.. bole bagi dekat instructor yang jaga group tu.. dia akan ambil gambar dan video untuk korang la.. ni bukan gopro tapi Hana guna camera yang boleh masuk dalam air.. Kalau xda, boleh sewa camera diaorg and nanti diaorang akan bagi dalam cd






Haaa ni abang yang jaga kami dari nak turun sampai naik balik... seriusnya muka......letih ambik gambar ikan kot..

Dah siap hitamkan kulit.. kami try makanan Padang.. serius sgt sedap sbb lebih kurang citarasa kami la..


Ini la kedai makanan Padang.. Rumah Makan Rindu Rasa.. confirm akan rindu rasanya

Semua fokus nak makan.. x nampak camera dah..

emmmm sedap..
dah kenyang, kami balik kejap hotel sebab nak mandi n solat.. keluar la balik p shopping souvenir.. beli dalam kedai yang air cond slesa sket.. kami shopping t-shirt untuk souvenir di Butik Agung Bali.. murah dan kain dia cantik..jangan rasa mahal tau sebab kalau p cari kat area kedai2 tepi jalan kat Kuta Beach tu harga lagi mahal dan kena pandai tawar-menawar la..

Lepas tu untuk Dinner, kami makan makanan Sunda.. menarik jugak makanan dia.. dah kenyang2... balik hotel laa..


Masakan famous Sunda


Day 4:
dah tiba la msa nak pulang... disebabkan pak sugi ni asyik dok crita sedap sgt ayam crispy kat sna.. dah siap breakfast dan check out, kami sruh pak sugi bwak p cari ayam tu.. kedai macam kfc.. hihi tapi yang menarik, korang boleh makan skali dengan tulang ayam.. kompem x tinggal bukti brapa ketul dah masuk perut.. hihi

Dari kedai tu ke airport dekat gilaaa... Dekat airport nanti kena bayar airport tax ya.. sorg IDR 200,000.00.. jdi dari awal kena asingkan duit supaya x shopping smpai xda duit nak bayar airport tax..

Waktu yang x sesuai untuk ke Bali:
1) 20-22 Mac - Perayaan Nyepi
Masa perayaan ni, semua orang x boleh buat apa2 aktiviti, x boleh ada cahaya.. macam pulau mati laa.. jadi sapa yang pergi Bali masa ni kena stay dekat hotel ja. x boleh keluar. Perayaan Nyepi