Nanana

Nanana
Nanana

Wednesday 19 November 2014

Short Vacay-Krabi !!!! Part 1

Assalamualaikum and Hi all,

Disebabkan blog yg lama dah x leh nak masuk jadi buat la blog yang baru. Tapi xda rajin sangat nak menaip ni... hehehe


A few question before going to Krabi... when the best time? budget ? Can go except May-June. My budget for 4d3n is around RM 1,000.00 include air fare, hotel, tour, food and shopping!!! Tapi kami pergi bulan  2 Nov 2014 kira ok sangat la masa tu sebab masa tu x ramai lagi yang cuti. Cuma pastikan hari di sana ada Sabtu/Ahad/ kedua-duanya. Sebab apa? kena terus baca la.... hihihihi


Kami pergi sana guna agent sebab senang nak allocate duit dan dah secure dah ada orang ambil... abang ni boleh cakap melayu jadi x payah nak susah2 speaking english dengan dia... boleh ja sembang... Kalau berkenan boleh la email Abg Sudin ( smile_nature@hotmail.co.th ) minta quotation... 


Kami pilih Malindo Air sebab masa tu dia yang buat promotion and senang berlepas dari Subang... Dapat la Return ticket RM 177.00. Kami pilih J Hotel sebab kawan yg dah pernah pergi suggest pilih hotel tu sebab tempat yang strategik. So terus la search kat internet untuk booking. Hana booking 2 bilik, 1 bilik yang kipas ( RM 80.00/night ) dan 1 bilik yang ada air-conditional ( RM 144.00 / night ) sebab 1 blik untuk 2 orang. Kami pi 3 org. 


Please choose hotel at Ao Nang area because it is near to the beach. Ada beberapa hotel di sekitar tu selain J Hotel macam:

1) Smile hotel 
2) Golden Beach Resort
3) Ao Nang Cliff View Resort
4) Aonang Princeville resort and spa
5) Vouge Resort and Spa
6) The Palace Aonang Resort

Tapi kalau pening2 nak cari hotel mana nak stay, search Ao Nang, Krabi..  


Lebih kurang sebulan sebelum flight to Krabi, Hana dpt email dan SMS yg flight retimed lewat 1 jam dari masa sebenar. Bagus betul Malindo Air sebab inform awal. Jadi xda la nak p awal sangat dan kena tunggu pulak dekat airport.


Boarding time 12.10 pm and tepat masanya boles masuk.. Seronok betul x ramai orang sebab kami pi hari Ahad dan x da cuti apa2... Alhamdulillah cuaca bagus dan semua boleh ambik seat sorang 2..hihi Perjalanan ke Krabi rupanya lalu Langkawi.. Naik Malindo boleh nampak apa ada kat bawah sebab dia terbang x tinggi sangat.








Sampai ja dekat Krabi Airport, bas ambil kami dan hantar ke terminal untuk cop passport dan ambil beg... Ingat ya, JANGAN AMBIL GAMBAR DEPAN IMMIGRATION. Nanti kena marah. Yang tau x boleh ambik gambar sebab 1 flight dengan Shanaaz. Jadi ada orang kena marah la ambik gambar depan kaunter immigration tu. Sampai ja kat sana ada orang tunggu sebab hana ada kenalan dekat sana. Kalau naik bas ke Ao Nang, tambang sehala dalam 150 Thai Baht. 


Macam Pulau Langkawi lambang dia burung Helang kan.. Krabi plak lambang dia Ketam. Mungkin dari perkataan Crab kot... hihi






Lepas tu pergi makan pulak sebab laparrrrr..kami singgah di Paknam Krabi Seafood Restaurant. Sangat selesa.. ingat mahal tapi murah ja dan sangat sedappppppp... x tipu.. Makan x ingat dunia.. Please off ur diet.. tapi jangan la makan melampau sangat... hihihi beringat-ingat la kann.. kalau singgah kedai tu, jangan lupa order tomyam campur, sayur campur, udang dan lemon squid. 

Tapi yang paling sedap Lemon Squid ( lebih kurang macam tu la nama dia ). Abg sudin tolong speaking masa nak order. So kami serah kat dia ja untuk order yg penting sedap... 





Sayur Campur dan prawn

 Lemon Squid


Then heading to hotel untuk check in dan rehat2... sebab malam nak ke Night Market.





J Hotel

Pukul 6, ada van datang pick up kami untuk ke Night Market.. Cakap pasal Night Market, Night Market only available on Saturday & Sunday.. Wajib kena pergi kalau bercuti kat Krabi... Kalau x guna agent, boles ja dapat Tut2 pergi Night Market.... Barang2 kat sini memang murah dan cantik2... kalau nak beli souvenir.. cari kat Night Market...




Kalau nak beli souvenir utk family dan kawan2... sila serbu kedai ni.. memang barang dia murah sgt!!! Jadi jangan terkejut la sebab ramai... Dari Main road tu korang jln2 and nanti belok kanan and jalan terus.. area gerai2 makanan...Cari tau.. hihi




Jalan2 cari mkan last2 makan Kebab... Mak cik ni boleh cakap melayu.. 










Cukup dulu untuk Day 1... panjang sangat pulak rasa... hihi

To be continue......................