Nanana

Nanana
Nanana

Friday 5 December 2014

Short Vacay - Krabi !! Part 3

Day 3 ( Hot Spring, Emerald Pool, Tiger Temple, Elephant Tracking:

Maaf ya banyak sangat Part.. ok ni last part for Krabi.. hihihi

Untuk yg Day 3 ni tour dia 2000 Thai Baht termasuk lunch. kami pergi tunggu dekat tempat agent sebab mostly tunggu di sana bagi yang tinggal area situ la.. Kami terus gerak ke Kolam Air Panas lebih kurang 50 minit dari Ao Nang.. sempat ja kalau nak tidur.. 
Cantik x bumbung van?? van ni muat untuk 12 orang tak termasuk driver



Sampai ja kat sana , kami x mandi pun sebab ramai sangat org. Air dia x panas , cuma suam2 ja.. kami ambik2 gambar lepas tu terus gerak ke Emerald Pool.





Lebih kurang 20 minit kami sampai di Emerald Pool.. dapat 2 jam kat sana.. haa kat sini kena prepare fizikal Dan mental sket la pasal kena tracking dalam 30 minit baru la sampai kat pool.. jalan tracking tu besar ja.. kat situ ada toilet Dan shower jugak. 

sampai ja kat pool tu semangat nak mandi ni tapi bila tengok yang mandi kat situ mcm dalam ja.. so duduk tepi dlu la main2 air.. tapi hati2 sebab tebing dia licin sebab penuh dengan lumut.. Bila dah ready nak terjun, terus nekad terjun ja.. haa memang kena jinjat/jengket sebab dalam la bagi yg x brapa tinggi ni... Dasar dia x sama.. ada yg dalam Dan ada yg x.. so kena hati2.. 

Air dia memang nampak berkaca.. memang x sabar la rasa nak terjun
Ni la dasar dia.. bawah ni berpasir dan berlumut.. 
Sini orang x snorkelling tapi ada jugak ikan yang comel tu

Nampak kepala ja semua

bajet main2 dalam Kolam tu 30 minit ja.. lepas tu kena berkumpul untuk makan tengah hari (included in package).

Lepas tu kami gerak ke Tiger Temple.. kat situ cuma sapa yang nak tengok view Krabi dari atas tapi kena naik 1000 anak tangga kot... memang tinggi la Dan x sanggup naik.. kalau sampai situ jangan bawak turun makanan sbb kera sangat la banyak... 



1 jam kat Temple Dan kami pun gerak ke Elephant Tracking. Kecut perut nak naik atas gajah tu sebab besar tapi comel.. Thank you for treat us well.. 
Sebelum naik gajah, kita ambik makan dulu






Gambar kita naik gajah, dijual 100 Thai Baht

Untuk dinner, kami jalan dalam 10 minit ke kiri dari hotel.. ada kedai makan Muslim. Rate harga dia macam makan kat kl la.. Average makan Dan minum dalam Rm30 sorang. 

Ada gambar yg x upload dalam previous part, jadi boleh ya diupload ni sini.. hihihi

Orang kata pi Krabi kena try pancake dia.. masa Day 2 kami try pancake depan Mc Donald dan Day 3 try depan kedai Tailor berhadapan dengan laut...


Dragon Fruit Shake
Ni la Banana Chocolate Pancake.. Manis tapi sedap
 Gambar bawah ni pulak x tau la nama apa, beli dekat Night Market tapi sedap tau.. Rasa sayur2 dia cicah pulak dengan kuah tu.



 Day 4:
Ready check out pukul 11 pg.. dah siap2 tu keluar cari breakfast area yang kami dinner semalam.. Kami singgah dekat Bamboo restaurant Dan order nasi goreng sebab flight balik dah pukul 2 ptg.. lepas check out tu agent pick up Dan terus ke airport.. Yg x ambik agent boleh naik bas ke airport...

Selesai la crita pasal Krabi.. kalau ada comment or any suggestion.. jangan malu2.. leave ur comment here.. boleh2 kita share info...

Bye2..

Wednesday 3 December 2014

Short Vacay - Krabi !! Part 2

Hi all,

OK let me continue my story..

Day 2: Island Hopping

Average price for island hoping is around 2000 Thai Baht... Di sebabkan hotel yang kami stay dekat dengan tempt agent.. so kami pun jalan la ke sna untuk join others for island hoping... Aktiviti start pukul 9am tapi 8.45am dah kena ada la kat tempt tu... semangat bukan main lagi keluar awl.... hihihi





Lepas tu tour guide panggil untuk briefing dan jalan ramai2 nak pergi naik bot... 





Usha2 x nampak pulak jeti.. rupanya bot cuma reverse rapat dengan pantai.. naik la sendri... tapi jgn risau la.. ada ja org jaga..







Naik speedboat lebih kurang 40 minit lebih baru la nampak pulau2.. tour guide bgi la penerangan pasal pulau2 yg ada... sangat banyak pulau sampai x ingat dah nama apa..Ada gua yang dulu bebas diteroka tapi sekarang kerajaan dah ambil alih la sebab habis orang pulun dok ambik sarang burung.. macam lawatan sambil belajar.. hihihi



then kami stop dekat teluk untuk swimming... air dia  x sejuk dan sangat jernih... cantik sangat2 la... yg x pernah swimming kat tempat dalam pun rasa nak trun.. tapi kena la pakai life jacket.. takut turun x timbul la.. hihihi








Lepas swimming tu kami singgah di Phi Phi Island untuk makan.. dekat situ ada ramai penduduk.. ada hospital lagi.. makanan dia buffet Dan sedap giler.. kalau dok sna lama2 rasanya gemuk laa.. sampai cili potong dia pun sedap.. hihihi

Lunch


Phi Phi Hospital

 dah kembung perut dah kena la jalan2 sikit bagi turun2 sket makanan tu sebab lepas tu nak sambung snorkeling..



Comel pulak kayak ni....

Kami snorkeling dekat 3 tempat.. sampai tour guide tu cakap ok snorkeling.. U know what to do.. Jump!! haa terjun... 

Sila abaikan kaki tu ya...









dah siap 3 tempat snorkeling, kami pun singgah satu pulau yg last untuk rehat and kat situ memang ramai la yg santai2.. So rest2 kejap and cari toilet.. stop kat situ sejam jugak la.. dalam pkul 4 petang kami dah gerak balik.. jangan risau sempat solat jamak dalam waktu Asar.. 

Masa p tu ikan banyak tapi x banyak jenis ikan la.. Tapi puas la snorkeling sampai 3 tempat... 

To be continue for Day 3 & Day 4........

Wednesday 19 November 2014

Short Vacay-Krabi !!!! Part 1

Assalamualaikum and Hi all,

Disebabkan blog yg lama dah x leh nak masuk jadi buat la blog yang baru. Tapi xda rajin sangat nak menaip ni... hehehe


A few question before going to Krabi... when the best time? budget ? Can go except May-June. My budget for 4d3n is around RM 1,000.00 include air fare, hotel, tour, food and shopping!!! Tapi kami pergi bulan  2 Nov 2014 kira ok sangat la masa tu sebab masa tu x ramai lagi yang cuti. Cuma pastikan hari di sana ada Sabtu/Ahad/ kedua-duanya. Sebab apa? kena terus baca la.... hihihihi


Kami pergi sana guna agent sebab senang nak allocate duit dan dah secure dah ada orang ambil... abang ni boleh cakap melayu jadi x payah nak susah2 speaking english dengan dia... boleh ja sembang... Kalau berkenan boleh la email Abg Sudin ( smile_nature@hotmail.co.th ) minta quotation... 


Kami pilih Malindo Air sebab masa tu dia yang buat promotion and senang berlepas dari Subang... Dapat la Return ticket RM 177.00. Kami pilih J Hotel sebab kawan yg dah pernah pergi suggest pilih hotel tu sebab tempat yang strategik. So terus la search kat internet untuk booking. Hana booking 2 bilik, 1 bilik yang kipas ( RM 80.00/night ) dan 1 bilik yang ada air-conditional ( RM 144.00 / night ) sebab 1 blik untuk 2 orang. Kami pi 3 org. 


Please choose hotel at Ao Nang area because it is near to the beach. Ada beberapa hotel di sekitar tu selain J Hotel macam:

1) Smile hotel 
2) Golden Beach Resort
3) Ao Nang Cliff View Resort
4) Aonang Princeville resort and spa
5) Vouge Resort and Spa
6) The Palace Aonang Resort

Tapi kalau pening2 nak cari hotel mana nak stay, search Ao Nang, Krabi..  


Lebih kurang sebulan sebelum flight to Krabi, Hana dpt email dan SMS yg flight retimed lewat 1 jam dari masa sebenar. Bagus betul Malindo Air sebab inform awal. Jadi xda la nak p awal sangat dan kena tunggu pulak dekat airport.


Boarding time 12.10 pm and tepat masanya boles masuk.. Seronok betul x ramai orang sebab kami pi hari Ahad dan x da cuti apa2... Alhamdulillah cuaca bagus dan semua boleh ambik seat sorang 2..hihi Perjalanan ke Krabi rupanya lalu Langkawi.. Naik Malindo boleh nampak apa ada kat bawah sebab dia terbang x tinggi sangat.








Sampai ja dekat Krabi Airport, bas ambil kami dan hantar ke terminal untuk cop passport dan ambil beg... Ingat ya, JANGAN AMBIL GAMBAR DEPAN IMMIGRATION. Nanti kena marah. Yang tau x boleh ambik gambar sebab 1 flight dengan Shanaaz. Jadi ada orang kena marah la ambik gambar depan kaunter immigration tu. Sampai ja kat sana ada orang tunggu sebab hana ada kenalan dekat sana. Kalau naik bas ke Ao Nang, tambang sehala dalam 150 Thai Baht. 


Macam Pulau Langkawi lambang dia burung Helang kan.. Krabi plak lambang dia Ketam. Mungkin dari perkataan Crab kot... hihi






Lepas tu pergi makan pulak sebab laparrrrr..kami singgah di Paknam Krabi Seafood Restaurant. Sangat selesa.. ingat mahal tapi murah ja dan sangat sedappppppp... x tipu.. Makan x ingat dunia.. Please off ur diet.. tapi jangan la makan melampau sangat... hihihi beringat-ingat la kann.. kalau singgah kedai tu, jangan lupa order tomyam campur, sayur campur, udang dan lemon squid. 

Tapi yang paling sedap Lemon Squid ( lebih kurang macam tu la nama dia ). Abg sudin tolong speaking masa nak order. So kami serah kat dia ja untuk order yg penting sedap... 





Sayur Campur dan prawn

 Lemon Squid


Then heading to hotel untuk check in dan rehat2... sebab malam nak ke Night Market.





J Hotel

Pukul 6, ada van datang pick up kami untuk ke Night Market.. Cakap pasal Night Market, Night Market only available on Saturday & Sunday.. Wajib kena pergi kalau bercuti kat Krabi... Kalau x guna agent, boles ja dapat Tut2 pergi Night Market.... Barang2 kat sini memang murah dan cantik2... kalau nak beli souvenir.. cari kat Night Market...




Kalau nak beli souvenir utk family dan kawan2... sila serbu kedai ni.. memang barang dia murah sgt!!! Jadi jangan terkejut la sebab ramai... Dari Main road tu korang jln2 and nanti belok kanan and jalan terus.. area gerai2 makanan...Cari tau.. hihi




Jalan2 cari mkan last2 makan Kebab... Mak cik ni boleh cakap melayu.. 










Cukup dulu untuk Day 1... panjang sangat pulak rasa... hihi

To be continue......................